AFB FEED

Bantuan kepada para ibu melalui Program Permata Hati

Checklist barang bayi dah ditelek berkali-kali. Tapi masih ada lagi gusar dalam hati. Cukup ke barang-barang untuk anak aku ni?


Yang pernah atau bakal menerima cahaya mata mesti biasa sangat dengan keadaan ni. Nak kisah cukup ke tak barang tu satu hal, sambil intai poket tengok duit keping cukup ke tidak, itu kisah lain pula.


Teringat adik saya, sejak awal dia kahwin, dia dan suami khaskan satu ‘tabung anak’. Setiap bulan, sedikit duit daripada gaji akan diasingkan ke dalam tabung. Duit daripada dalam tabung itu lah yang diorang guna untuk beli keperluan baby yang bakal lahir.  Itupun kadang-kadang masih tak berapa cukup lagi.


Hakikat yang kena diterima adalah, kos sara hidup, terutama di ibu kota, memang bukan boleh dipandang sebelah mata.


Bantuan kepada para ibu melalui Program Permata Hati Wilayah


Atas sebab itu, lahirlah program Permata Hati Wilayah. Salah satu usaha yang dibuat untuk bantu ibu-ibu muda yang baru melahirkan atau sedang tunggu kelahiran si kecil di Wilayah Persekutuan.

Bantuan kepada para ibu melalui Program Permata Hati Wilayah

Lalui program ni saja, lebih dari 100 orang ibu telah terima sumbangan kelengkapan bayi. Mungkin ada yang rasa alah, bukan apa sangat pun. Tapi untuk yang baru jadi ibu bapa, even hadiah yang kecil tu pun dah beri lega yang bukan sedikit.


Ye lah, cuba bayangkan ek.
Bahan asas macam susu, lampin, baju—yang itu je dah berapa. Belum lagi kalau ada kos perubatan atau hospital. Tak masuk lagi car seat. Kereta sorong bayi. Melainkan kita ni memang orang ‘ada-ada’, apa jenis hadiah sumbangan yang orang nak bagi, kita terima dengan penuh syukur dan hati yang terbuka.

Bantuan kepada para ibu melalui Program Permata Hati Wilayah


Bantuan kepada para ibu melalui Program Permata Hati Wilayah

Program Permata Hati Wilayah ni, selain daripada untuk menyantuni para ibu, terutamanya golongan belia dalam menerima ahli keluarga baru, ia juga adalah usaha pihak Wilayah Persekutuan untuk dekati rakyatnya melalui lawatan ke hospital terpilih.

Bantuan kepada para ibu melalui Program Permata Hati Wilayah

Bantuan kepada para ibu melalui Program Permata Hati Wilayah


Secara peribadinya, saya rasa program ni adalah satu inisiatif yang sangat bagus. Selain daripada bantu dari segi kelengkapan bayi, secara tak langsung, ia beri sokongan emosi kepada ibu muda yang baru lepas menyabung nyawa untuk lahirkan nyawa baru. Dalam letih bercampur lega dengan lahirnya bayi yang dinanti, pasti lagi tenang hati bila tahu ada yang prihatin.
.

Program yang sebagus ini, sayang kalau tak diteruskan kan?

27 comments:

  1. program ni menarik kan ... happy mommy hopefully yg dpt sumbangan menarik ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Mungkin hilang sikit lelah bersabung nyawa

      Delete
  2. Bagusnya program ni. Sekurangnya ringan sikit kos yang perlu ditanggung oleh ibu baru. Barang keperluan baby sekarang ni pun agak mahal kesian pada golongan yang kurang berkemampuan

    ReplyDelete
  3. Harap diperkembangkan ke semua hospital, sebab benda baik kan.. =D

    ReplyDelete
  4. Bagus program ni membantu mereka yang betul2 memerlukan

    ReplyDelete
  5. kami dulu ms beranak dulu ada gak org bg sumbangan..ceria terus lega sakit beranak haha..harap diteruskan sumbangan mcm ni

    ReplyDelete
  6. program permata hati ini perlu diteruskan untuk membantu para ibu yang baru melahirkan baby.

    ReplyDelete
  7. Mesti si ibu sangat berbesar hati dapat sumbangan ni, meringankan beban pula tu... :)

    ReplyDelete
  8. rezeki baby..scara xlngsung dpt mmbantu parent juga

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.. dapat juga bantu ibu ibu ini kan?

    ReplyDelete
  10. Bertambah rezeki buat ibu dan anak

    ReplyDelete
  11. Kalau saya dapat hadiah ni, suka suka suka..hehe..sapa nk bgikan..dpt top up yg mana kurang gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eiii siapa yang tak suka dapat hadiah. Benda yang relevan pula tu kan

      Delete
  12. Rezeki baby mak pun teruja dapat hadiah

    ReplyDelete
  13. Mahal kan?
    Kalau dapat dibantu yang kurang mampu tu lagi best

    ReplyDelete
  14. Dapat hamper utk baby, alhamdulillah rezeki baby & ibu

    ReplyDelete
  15. bantuan macam ni memang sesuai sangat, happy tau dapat hadiah.

    ReplyDelete
  16. Program yg menghargai pengorbanan ibu

    ReplyDelete
  17. Terubat sikit sakit ibu bersalin dapat hadiah kan.

    ReplyDelete
  18. betui betui. penat bersalin, dapat bantuan bestnyaa hehe

    ReplyDelete

Follow by Email